Saturday, 31 December 2011

Cinta Yang Pada Suami Yang Semakin Pudar

Cinta Yang Pada Suami Yang Semakin Pudar
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu..
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
Semoga kisah ini dapat sedikit sebanyak memberi panduan dan menjawab soalan yang dikemukakan.

Saturday, 10 December 2011

Cintaku Padanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku dah lama tak update blog ini. Sbb aku tak ada idea apa yg aku harus crite kn. Tapi kali ni aku cerita kn pcl cintaku padanya. Aku hrp smua pembaca suka akan cerita aku ini. Sebelum mulakan, aku hrp para pembaca telah pun membaca cerita aku yg pertama iaitu 31 May 2010. Utk pengetahuan para pembaca, sebenarnya cerita tu benar-benar berlaku dalam hidupku. Sekarang aku akan cerita kan kisah aku dgn si dia yg aku cintai. Ermm mungkin boleh dikatakan bukan cerita la tapi isi hati aku kepada nya.

Aku telah pun bercinta dgn dia hampir setahun setengah dah. Macam-macam perkara yang telah kami lalui. Macam-macam salah paham telah berlaku di antara kami. Tapi kami lalui dgn tabah dan aku sentiasa bersabar. Alhamdulillah hubungan kami masih kekal lagi. Selama perhubungan kami, aku telah cuba sedaya upaya aku untuk terus memikat hati nya. Ni bukan memikat hati nak menggoda dia tapi untuk membuktikan bahawa aku betul-betul ikhlas mencintainya. Aku tak henti-henti cuba sedaya upaya aku. Walaupun dia berada di jauh tapi hati aku hanya setia untuknya. Aku sentiasa memikirnya tentang nya. Banyak cara aku telah lakukan seperti memberi hadiah tuk nya, mengenali ibu bapa nya, malah aku telah pun menulis diari tuk dia. Hehe.

Si dia adalah orang yang aku cintai. Bukan nya cinta main-main yang suka mempermainkan perasaan orang. Sesungguhnya cinta aku padanya amat la tulus dan ikhlas sepenuh hati ku. Mungkin para pembaca ingat aku ni mengarut dan angan-angan je. Tapi hakikatnya, aku dah jatuh cinta padanya. Demi Allah aku betul-betul cinta kan dia. Aku berharap cinta antara kami tidak akan pernah hilang dan berkurang sekali pun. Aku akan sentiasa berdoa kepada Allah agar dia la akan menjadi isteri aku satu hari nanti. Bila dah tiba masa nya aku akan menikahi nya dana aku akan menjaganya dan memberi kebahagiaan kepada nya. InsyaAllah. =)

Sunday, 31 July 2011

Sucinya cinta seorang suami


Harriz. Satu nama yang cukup aku kenal satu ketika dahulu. Dia pernah menjadi suami aku. Suami yang bergelar hanya pada nama tapi tidak pernah memiliki sepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu. Perkahwinan yang  berlandaskan kertas putih dengan seribu perjanjian yang boleh menjatuhkan maruah seorang suami. Aku tahu, Harriz tidak pernah mempersetujui dengan apa yang aku lakukan sebelum kami mengikat tali perhubungan yang suci. Namun, kerana sayang dan cintanya pada aku dia menerima niat aku tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa Izham tidak seperti Harriz? Sungguh berbeza nilai dan peribadi mereka antara satu sama lain.
 Harriz terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya. Kenapa?.....Dia cukup sempurna untuk menjadi seorang suami dan pemimpin yang boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat. Adakah aku yang terlalu bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlas menyayangi aku, atau keegoan aku yang menguasai diri.

"Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapi hati ini yang ikhlas mencintai awak. Saya tahu taraf awak dan saya berbeza ibarat langit dan bumi tetapi untuk membahagiakan awak, itu adalah jaminan saya sebagai bukti bahawa saya menyayangi awak. Walaupun kontrak kita hanya setahun tapi cinta saya sampai ke mati.

 "Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untuk menghilangkan ingatan saya terhadap awak adalah amat sukar. Sekali saya dah letakkan awak dalam hati saya bermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yang saya cintai walau awak membenci saya seumur hidup awak......"
 Kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang. Keegoan aku ketika itu mulai luntur tapi hati aku keras. Aku menolak cintanya mentah-mentah kerana bagi aku, lelaki mudah mengeluarkan kata-kata manis namun untuk  membuktikannya adalah satu dalam sejuta. Aku tidak mempercayai Harriz. Bagi aku, Izham lelaki pertama yang mencuri hati aku adalah terlalu sempurna untuk aku. Aku bertemu dengan Izham sewaktu kami menyambung pengajian di London. Izham bijak memainkan kata-katanya dengan rupa  parasnya yang kacak itu untuk menambat hati aku. Hanya dunia sahaja yang tahu bagaimana gembiranya hati aku ketika itu dapat berpasangan dengan Izham , seorang lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis lain di luar sana.

 Hampir dua tahun hubungan kami terjalin. Tiada sebarang masalah di antara kami sepanjang perhubungan itu. Pertengkaran kecil adalah perkara biasa bagi kami. Seringkali juga kawan-kawan aku menasihatkan supaya berpisah dengan Izham kerana dia bukanlah seperti apa yang aku sangka. Dia adalah Romeo. Banyak kali mereka terserempak dengan Izham bersama gadis-gadis lain. Aku yang bodoh kerana tidak pernah percaya dengan kata-kata mereka. Pada fikiran aku ketika itu, mereka terlalu cemburukan aku. Itulah sebabnya mereka memfitnah Izham supaya hubungan kami putus dan mereka boleh mengambil kesempatan memenangi hati Izham. Sehinggakan aku hampir hilang kawan hanya semata-mata kerana terlalu mempercayai Izham.
 Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Izham masih di London kerana tempoh pengajiannya ada lagi setahun. Ketika itulah detik hidup aku bersama Harriz bermula. Aku telah dijodohkan dengan Harriz oleh ayahku.
Entah mengapa, ayah terlalu sukakan Harriz sedangkan Harriz hanyalah pekerja bawahan ayah. Dia bukanlah dari keluarga yang senang dan setaraf dengan kami. Namun, ayah tidak mengambil kira itu semua. Kata ayah, Harriz mampu menjaga aku sebagaimana ayah dan ibu menjaga, mendidik dan membesarkan aku. Dia percayakan Harriz sehinggakan dia pernah berkata segala hartanya termasuk aku akan diserahkan kepada Harriz andai satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya. Kepercayaan ayah terhadap Harriz memang tiada batasan, begitu juga dengan ibu. Aku tahu, ayah ada penyakit yang kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Aku tak sanggup untuk menolak permintaan ayah. Mereka adalah segala-galanya untuk aku. Betapa perit dan payahnya mereka membesarkan aku. Ayah juga bukanlah dari keluarga yang senang tetapi berkat kerajinan dan semangat ayah yang tinggi serta dorongan ibu membuatkan aku dapat menikmati hidup ini dengan segala kemewahan yang tak dapat aku bayangkan. Tapi, aku juga inginkan kehidupan aku sendiri.
 Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samada untuk menerima atau sebaliknya. Kesihatan ayah tidak mengizinkan aku untuk berfikir lama. Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turut membuat perjanjian dengan Harriz lelaki yang tidak pernah aku temui. Aku bencikan Harriz kerana aku menyangka Harriz bukanlah seperti apa yang ayah bayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besar untuk merampas  kekayaan kami dengan mengahwini aku dan berpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu.

 "Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untuk menyentuh saya. Kita hanya berlakon di hadapan ayah dan ibu saya begitu juga dengan keluarga awak. Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini dah termaktub dalam perjanjian kita."
 Aku tidak berani memandang wajah Harriz ketika kami berjumpa buat pertama kalinya di sebuah restoran. Aku akui, Harriz memang tampan orangnya malah lebih kacak daripada Izham. Sedikit sebanyak hati perempuan aku mulai cair namun aku pantas melarikan fikiranku pada perkara yang lain. Harriz merenung aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah. Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yang aku letak di hadapannya. Sakit hati aku dibuatnya ketika itu. Aku kuatkan semangat untuk memandang Harriz dan cuba berlagak serius.

"Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada di hadapan kita. Saya dah letakkan fail perjanjian kita di hadapan awak. Takkan awak tak tahu nak menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yang patut?" Aku memerli  Harriz. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap wajah aku. Seluruh pelusuk wajahku dijajahnya.

 "Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat. Sekarang, saya sedang melihat satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya. Kecantikan yang tidak pernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya tahu bahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik awak, Nurul Ain Bt Hamdi..." Ungkapan pertama keluar dari mulut Harriz.
 Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yang sedang kuminum. Pantas tanganku mencari tisu di dalam beg tangan. Harriz masih tersenyum. Merah padam muka aku menahan malu. Bijak sungguh Harriz bermain dengan kata-kata. Aku hampir terpedaya dengan pujiannya. Ahh...Lelaki, semuanya sama...

"Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk melambangkan hati awak. Buat pengetahuan awak, saya ini bukanlah seperti apa yang awak bayangkan. Niat saya ikhlas untuk memperisterikan Nurul Ain Bt Hamdi. Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah, awak takut saya akan  merampas semuanya itu dari tangan keluarga awak. Terus terang saya katakan, seandainya awak ini adalah gadis cacat yang kudung tangannya atau bisu mulutnya saya tetap akan mengahwini awak walau awak miskin sekalipun.

 "Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulus suci hanyalah wujud sekali dalam hidup kita dan awak adalah wanita yang berada di dalam hati saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas bumi bertuah ini." Harriz tersenyum lagi.
 Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh mengenali aku sejauh begitu. Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak kerana inilah kali pertama aku melihat wajahnya. Sungguh pelik orang ini. Harriz membuka fail biru itu. Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia mengambil pen dari poket bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut.
 "Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz. Sekali lagi dia memandang aku dengan pandangan yang penuh bermakna baginya.
 "Kalau saya baca, adakah niat awak itu akan berubah untuk menerima saya bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?" Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya. Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangat aku ketika itu. Lelaki ini benar-benar lain. Tidakkk!!..... Aku bukan mudah untuk menerima dia. Cinta aku pada Izham masih kuat. Harriz bangun. Air minuman yang dipesan tidak disentuh, masih suci sepertimana aku.
 "Assalamualaikum...." Itulah kata-kata terakhir yang diucapkannya sebelum meninggalkan restoran itu. Aku terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini. Sebelum aku berjumpa dengan Harriz, terlalu banyak kemusykilan tentangnya yang berlegar-legar di dalam fikiran aku. Kini pada pertemuan pertama kami, semakin bertambah kusut fikiran aku memikirkan tentang Harriz. Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku? Atau adakah dia memang benar-benar tulus mencintai aku. Ahhhhh....makin difikir, makin pening aku dibuatnya.
***********************************************************

 Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku tidak merasai keseronokan itu. Mungkin Harriz juga begitu. Perhubungan aku dan Harriz memang terbatas. Itu adalah syarat aku sendiri sebelum Harriz melafazkan akad nikah. Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayah tetapi di sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujud kemesraan tersebut. Harriz benar-benar memberi kerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku menjengah di hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supaya melepaskan aku sebelum tamat  kontrak perkahwinan kami tapi Harriz bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu.

 "Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk berpisah dengan awak, saya tetap akan patuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak munasabah andai saya menceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir membuka pintu hati awak untuk menerima cinta saya dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap awak."
 Tiba-tiba Harriz memegang tangan kananku ketika aku sedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahan seolah-olah aku ini bagaikan puteri yang sedang berhadapan dengan rakyat biasa. Berderau darahku ketika itu. Aku  menjarakkan diri. Bulat mataku memandangnya. Tanpa segan renungan Harriz semakin tajam memandang ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah dan geram wujud dalam diri ini. Harriz cuba untuk memperdayakan aku dengan kata-kata  manisnya.

"Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya bertahan dengan sikap dan perangai awak!! Awak jangan umpan saya dengan kata-kata manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetap kontrak. Biarpun  setahun atau dua tahun atau selama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak atau belajar untuk menyintai awak!!

 "Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak tahu bukan? Izham lebih dahulu hadir dalam hidup saya tapi awak merosakkan segala-galanya dengan memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yang awak perlu tahu!!" Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani.

 Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain. Terasa semangat untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkin kerana rindu aku pada Izham semakin kuat dan kesalahan aku pada Izham juga berat.
Harriz hanya diam. Sedikit sebanyak nampak juga perbezaan di raut wajahnya yang mungkin terkejut dengan kata-kata amarahku yang tiba-tiba.

 "Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati awak, Nurul Ain. Saya harap kita masih boleh jadi kawan," ringkas sahaja kata-kata Harriz kali ini. Aku masih tidak memandang wajah Harriz.

 "Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita berjemaah," pelawa Harriz lembut. Aku memandang wajahnya. Dia tersenyum, "Saya tunggu di bilik." Harriz berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda. Malu pun ada bila mengenangkan kembali kemarahan aku yang berapi-api itu. Nampaknya Harriz masih boleh buat muka selamba sedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di rumahku.

 Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasa benci dalam diri Harriz supaya dia membenci aku. Kini, perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan. Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan aku. Itu tidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan hal anak.  Bagaimana aku nak memberitahu mereka bahawa aku ini masih suci lagi. Harriz tidak pernah menyentuh aku walaupun dia berpeluang. Dia benar-benar mengikut segala kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidak menjalinkan apa sahaja hubungan dengan aku.
Aku bertambah bingung. Segala apa yang aku lakukan semuanya tidak menjadi. Harriz masih lagi menyayangi dan menyintai aku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rindukan Izham di saat-saat begini. Aku kesunyian. Tanpa Izham aku rasa kehilangan. Kadangkala aku nampak bayangan Izham dalam diri Hariz. Sampai bila aku mampu bertahan. Harriz terlalu baik terhadap aku. Hanya perempuan gila sahaja seperti aku yang tidak jatuh cinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati aku. Aku juga manusia biasa. Cinta akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup ini. Apakah perasaan aku terhadap Harriz sekarang? Aku semakin  bingung dengan kehidupan yang aku lalui kini.


 Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat di rumah. Tapi, bukan kerana banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja pulang lambat supaya Harriz menyangka aku perempuan yang selalu balik lewat malam kerana puas berseronok di luar. Terjengket-jengket kaki aku melangkah masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah banglo dua tingkat pemberian hadiah ayah sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya aku dan Harriz yang tinggal di sini. Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan terbongkar lebih awal. Minta-minta Harriz akan memarahi aku kerana pulang lewat. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga tapi aku telah terlanggar sesuatu yang besar di hadapan. Hampir terjatuh aku dibuatnya namun, mujur ada seseorang yang sempat memaut pinggangku supaya tidak terjatuh. Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang tamu dipasang...
 Aku tergamam. Pinggangku masih lagi dipaut oleh Harriz. Mata bertentang mata. Hampir beberapa saat aku tidak bercakap. Tersedar dari lamunan, aku pantas menolak Harriz ke tepi. Wajahku mula berubah. Merah padam jadinya. Marah bercampur malu benar-benar ada dalam diri aku sekarang
 "Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung. Dah pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak tidur?" Aku memarahi Harriz.
 "Saya tunggu awak...."
 "Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budak kecik lagi. Saya tahu pukul berapa saya nak balik. Awak ni orang gaji saya ke?"
 "Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk kegemaran awak, masak lemak cili api ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan sama, saya tak makan lagi ni."
 Harriz mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli? Terliur aku dibuatnya. Aku memang tengah lapar gila ni. Maklumlah, satu hari aku tak makan apa. Tengah hari tadi tak keluarpun sebab kerja banyak. Petang pula ada mesyuarat. Bila dah habis kerja, aku pulak yang sengaja
balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hati Harriz. Sampai pukul 1.30 pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir nak makan pun. Sekarang, dah lapar. Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju nak makan dengan dia. Habislah rancangan aku nak bagi dia marah.
 "Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye. Takpelah saya dah kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak nak makan, awak makanlah sorang."
 Aku pura-pura menguap di hadapannya "Ahh.. ngantuknya.."
 "Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar." Harriz terus menuju ke ruang makan. Dia membuka tudung saji dan menyendukkan nasi untuk aku dan dirinya sendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku. Macamana dia tahu aku tak makan? Aku masih lagi tercegat di antara ruang tamu dan ruang makan.
 Sesekali aku menjeling ke arah Harriz yang sedang leka menyiapkan makan malam yang rasanya dah boleh jadi makan pagi. Sanggup dia tak makan kerana menunggu aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki ni? Jangan-jangan dah siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supaya simpati kat dia. Aku pantas menaiki tangga meninggalkan Harriz.
 "Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkan susah..." Harriz menasihati aku. Langkahku terhenti.
 "Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya dah cakap, saya dah kenyang. Kalau awak nak makan, awak makanlah sorang. Saya nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awak jangan ganggu saya!!" aku bentak keras.
 "Tak pelah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye. Pergilah awak berehat," Harriz mengakhiri perbualan kami. Aku terus naik ke atas dengan perut yang benar-benar lapar. Rasa nak terbalik dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapalah aku boleh bertindak bodoh. Dah ada orang siap masak, aku saja yang sombong tak bertempat. Sekarang, siapa yang merana? Bukankah aku...?

 Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahan dengan sikap aku. Tapi, kali ini aku pula yang tak tahan dengan keadaan kami apabila terpaksa berlakon di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke rumah kami. Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macam belangkas. Dari muka yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyum meleret. Aku kena memainkan peranan sebagai isteri dan Harriz sebagai suami sedangkan gelaran itu memang ada pada kami. Terasa kaku aku pada permulaan watak tetapi Harriz bijak memainkan peranannya sebagi suami.
 "Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?" Aku mengajukan soalan sebaik sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu selepas kami menjamu selera tengah hari itu. Percaya atau tidak, semua masakan dimasak oleh Harriz  tapi dia memberitahu ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu tersenyum menggeleng.

 "Ain...Ain... Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila nak balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salahke mak melawat anak mak yang kini dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye tak ye jugak..
 "Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal. Duduklah 2-3 hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan ayah, taklah sunyi kami ni.." Harriz menyampuk. Aku menjeling pada  Harriz. Nampaknya, dia ni nak mengambil kesempatan. Ketika itu tangan kirinya sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak tolak.
 "Yelah, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk kat rumah, lagipun ayah kerja." Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakan mereka tapi aku tak mahu berlakon lagi.
 "Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah."

 Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka balik. Aku lihat Harriz tersenyum meleret. Makin erat dia memeluk pinggangku. Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku cekik-cekik Harriz sekarang. Betul-betul mengambil kesempatan. Aku pantas bangun. Semua mata memandang ke arah aku.
 "Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang Ain ada mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru Ain balik. Mak dan ayah tak payah tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain balik."
 "Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja jugak. Kesian kat Harriz ni. Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga makan pakai si Harriz ni. Kesian Harriz." Berbakul-bakul ibu membela Harriz. Eeeee....bertambah-tambah geram aku. Ayah hanya
tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlah tu. Pendek kata, apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju. Betullah mereka ni satu kepala. Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang jauh dari api.
 "Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan Ain tu dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku membalas kata-kata ibu dengan harapan Harriz akan membantu aku.
 "Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni tak pernah kurang kasih sayang Ain pada saya. Lagipun saya kenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya masa kursus kat Tokyo dulu." Harriz menyokong aku. Lega rasanya di hati. Aku memandang Harriz. Dia hanya tersenyum.

Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya. Mahu tak mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan Harriz.
 "Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan ayah tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di hati mereka melihatkan kemesraan aku dan Harriz yang sebenarnya dibuat-buat.
***********************************************************

Aku terlalu rindukan Izham. Kenapa Izham tiba-tiba sahaja menghilangkan diri. Sudah lama dia tak menghubungi aku. Hampir 3 bulan aku tak mendengar suaranya. Izham masih lagi di London. Dahulu, di awal usia perkahwinan
kami Izham sering menelefon aku. Suaranya benar-benar memberi aku semangat. Izham tahu mengenai masalah aku dan Harriz. Dia juga tahu rancangan aku mengenai 'perkahwinan kontrak' ini. Izham langsung tidak memarahi aku. Dia tahu bahawa aku menerima Harriz bukan atas dasar cinta tapi atas dasar hormat aku pada ayah. Dia jugalah yang  menyokong aku dan katanya lagi bahawa dia sanggup menunggu aku bukan saja setahun malah selama hayatnya masih hidup dia sanggup menanti aku. Aku dapat rasakan ketika itu akulah wanita yang paling bertuah kerana dapat memiliki cinta Izham yang betul-betul ikhlas menyayangi aku.
 Namun suara Izham hanya dapat aku dengar 3 bulan yang lalu. Di mana Izham sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan menunggu dan terus menunggu kehadiran aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku jadi Izham pun sudah pasti  perkara yang sama akan aku lakukan. Satu tahun bukannya tempoh yang singkat. Sedangkan hati boleh berubah inikan pula penantiannya yang boleh dianggap satu angan-angan yang tak pasti. Ini semuanya berpunca daripada Harriz. Kadangkala aku terlalu bencikan Harriz tetapi kehadiran Harriz jugalah sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku. Tidak dapatku sangkal bahawa dia seorang suami yang baik, dan benar-benar mengambil berat tentang diri ini. Aku sahaja yang tidak pernah menghargai kehadirannya dalam hidup aku. Tiada lelaki lain selain Harriz yang tulus ikhlas menyayangi, menyintai, dan menghormati aku. Bila difikir-fikirkan, aku rasa bertuah kerana punya seorang suami yang terlalu memahami aku. Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak kecil yang perlu didodoi. Aku sakit dia menjadi doktorku, aku lapar dia menjadi tukang masakku malah bila aku terlambat ke pejabat dia sanggup menghantarku sedangkan ketika itu dia punya urusan lain. Tapi, kenapa mesti Harriz? Bukan Izham?

 Tiba-tiba saja hati aku terdetik, mungkinkah jodohku memang bersama Harriz. Sisa-sisa hayatku adalah hidup bersama Hariz sehingga aku mati. Di mana Izham sekarang? Kenapa dia menghilangkan diri? Sudah tiada lagi cintakah di dalam hatinya untukku? Atau aku sahaja yang mengangankan sesuatu yang bukan milikku. Sedangkan sesuatu yang sudah tentu menjadi milikku aku abaikan begitu saja. Antara Harriz dan Izham?? Siapa yang harus aku pilih? Ooohhh...Terlalu sukar hidup ini.
 "Masih panas lagi suhu badan awak ni. Saya bawa awak ke klinik.." Aku ingat lagi peristiwa pertama yang mencetuskan rasa sayang aku pada Harriz dan wujudnya rasa cinta dan kasih di hati ini pada Harriz. Ketika itu aku demam panas. Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apa kerja ketika itu. Nak bangun dari katil pun tak terdaya. Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan Izham dan dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan kerja-kerjaku di pejabat.
 "Tak pe, saya sihat. Panas sikit je. Lepas makan Panadol, sihatlah. Awak tak payah nak risaukan saya. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buatlah kerja awak. Jangan ganggu saya, boleh tak?" Aku meninggikan suara. Tapi bukannya aku marahkan Harriz, cuma aku tak tahan dengan kesakitan di kepala yang aku alami. Harriz masih tak berganjak. Dia meletakkan tangannya di dahiku. Aku menepis dengan kuat tangan Harriz. Berkerut-kerut dahiku menahan sakit. Aku cuba bangun tapi tak mampu. Dengan pantas tanpa pedulikan kemarahanku, Harriz terus mendukungku keluar dari bilik. Aku benar-benar terkejut dengan tindakannya. Habis tubuh Harriz menjadi sasaran aku untuk memukul.

"Awak nak bawak saya ke mana ni ? Lepaskan saya!!" Aku cuba menjerit tapi badan aku terlalu lemah dan tak mampu untuk aku meninggikan suara.
 "Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadi orang bodoh untuk dengar kata-kata awak supaya tinggalkan awak dalam keadaan macam ini. Saya nak bawak awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting sekarang."  Harriz....Sungguh mulia hatimu. Aku buta untuk menilai kasih sayangmu yang mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menanti pada orang yang tak pasti. Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai cair. Sepanjang aku terlantar sakit Harriz menjaga aku siang dan malam. Dia sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menemani aku. Segala makan dan pakai semuanya Harriz  yang lakukan untuk aku, biarpun pada mulanya aku malu dengan tindakan Harriz. Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalam diri ini pada Harriz berubah menjadi kasih dan sayang pada Harriz. Aku benar-benar terharu dengan  keikhlasannya selama ini dan aku juga bangga dengan ketabahan Harriz yang sanggup hidup bersama aku susah dan senang. Dia tidak pernah kisah dengan caci makiku dan kutukan aku pada dirinya selama ini. Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh cinta pada Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya. Aku malu untuk meminta maaf pada Harriz walaupun selama ini aku yang banyak melakukan kesilapan.
 Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernah menjalankan kewajipanku. Aku gagal menjadi isteri yang sempurna pada Harriz. Dua minggu lagi akan tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku boleh gembira sekarang kerana tidak lama lagi Harriz akan melafazkan kata-kata keramat bagi seorang isteri. Namun, kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan sekarang. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapat melupakan ingatan aku pada Izham. Kerinduan pada Izam sudah tiada lagi.  Yang terbayang di dalam fikiran aku sekarang hanyalah Harriz Bin Hisham, seorang suami yang terlalu agung darjatnya dalam hati aku. Aku benar-benar takut untuk berpisah dengan Harriz. Selepas ini Harriz bukanlah lagi peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa hidupku selepas ini akan sunyi. Tiada lagi senyuman Harriz dan gurauan Harriz. Ooohh..TuHAN!! Apa yang telah aku lakukan sekarang?

"Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidup bersama saya, selagi itulah kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan. Biarpun dalam kontrak tidak tertulis, namun sudah menjadi tanggungjawab seorang suami supaya menjaga isterinya samada dalam keadaan susah mahupun senang. 2 minggu lagi, hubungan kita akan tamat. Tapi, percayalah biarpun sehari malah sesaat pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu kebencian awak pada saya tidak akan hilang. Begitu juga dengan cinta saya. Ianya tidak akan pernah pudar. Andai diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup ini bersama awak Nurul Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya."
 Harriz mengusap rambutku dengan kain basahan sewaktu memandikan aku yang terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman diberikan di dahiku. Terasa ingin mengalir air mata ini, namun aku dapat bertahan. Mataku ketika itu masih tertutup. Mungkin Harriz menyangkakan aku sedang tidur tetapi tidak sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati Harriz dapat aku dengar cuma aku tidak berani untuk menatap wajah Harriz ketika itu. Harriz, kenapa kau terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidak layak  untuk berada di hatimu yang suci itu. Aku tidak mampu untuk menyintai seperti mana engkau menyintai aku. Andai engkau dapat mendengar luahan hati ini, berjuta-juta kemaafan ku pohon darimu tapi untuk meluahkannya hati aku amat berat. Aku malu sebenarnya Hariz. Terasa kecil diri ini di hadapan matamu Harriz.

 "Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awak sedangkan sebelum ini kita tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah mengenali saya, tapi awak sanggup berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh  namanya?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz sewaktu kami menjamu selera di sebuah restoran selepas balik dari berjumpa dengan ibu dan ayah. Harriz tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi kaget.

 "Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kita menjadi suami isteri lagi. Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat di dalam hati
saya. Hampir dua tahun saya mengenali awak sebelum saya berjumpa dengan awak." Harriz
sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku semakin keliru. Kali ini aku yang memandang wajahnya dengan seribu pertanyaan di kepala.
 "Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkan hidup saya supaya bertemu dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya juga pernah belajar di luar negara dan sama universiti dengan awak." Aku ternganga. Ligat otakku mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah aku jumpa di London. Rasanya tiada langsung wajah Harriz yang pernah aku jumpa. Betulke dia ni atau sengaja nak memainkan aku?
 "Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak mana pun, tapi kenapa saya tak pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan nak bergurau dengan saya." Aku seakan tidak percaya. Benarkah apa yang Harriz cakapkan sebentar tadi?

 "Saya belajar part time. Awak memang tidak akan perasan saya. Saya belajar waktu malam, tapi awak dan Izham selalu datang makan di restoran tempat saya bekerja. Ingat tak CafĂ© Bistroze? Saya jadi pelayan bar di situ.
Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak belajar sepenuh masa. Siang saya bekerja dan malam saya belajar. Ketika itulah saya sempat mengenali awak." Harriz menamatkan ayatnya di situ. Dia menghabiskan minuman. Aku terdiam. Sungguh tak ku sangka, dunia ini terlalu kecil.  Tuhan menemukan aku dan Harriz tanpa aku mengenali siapa dirinya. Harriz terlalu pandai menyimpan rahsia.
 "Esok, genap setahun kita menjadi suami isteri yang sah seperti mana termaktub dalam kontrak yang telah saya tandatangani. Biarpun hati ini berat untuk melepaskan awak tapi saya tidak pernah lupa dengan janji saya.
 "Melukakan hati dan perasaan awak adalah satu dosa paling besar di mana saya tidak dapat memaafkan diri saya sendiri. Awak terlalu suci di mata saya. Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang seringkali melukakan hati awak selama ini. Saya benar-benar berharap agar awak dapat ampunkan dosa-dosa saya." Harriz tertunduk menahan sebak di dada.
 "Terus terang saya katakan, esok adalah hari yang paling saya takutkan. Saya dapat rasakan bahawa esok akan mengubahkan segala takdir hidup saya yang selama ini saya rasakan indah. Hidup bersama awak adalah satu kenangan yang paling manis buat saya. Segalanya berubah bila awak hadir dalam diri saya. Awak adalah semangat saya untuk saya teruskan hidup ini yang kian singkat...."
 Aku rasa hairan dengan kata-kata terakhir Harriz. Apa yang dia cuba maksudkan? Hariz yang berada di hadapan aku sekarang bukanlah Harriz yang selama ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan di wajahnya. Lain benar seakan menyimpan satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku juga dapat lihat air mata lelakinya hampir mengalir tapi mampu ditahan.
 "Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang sepatutnya memohon ampun dan maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar. Saya kagum dengan awak kerana menghormati saya dan keputusan saya selama ini. Awak seorang lelaki yang terlalu baik dan saya tidak layak untuk berada di hati awak. Saya percaya, selain saya akan ada seorang wanita lain yang akan muncul dalam hidup awak dan benar-benar menerima cinta awak dan menyayangi awak lebih dari segala-galanya di dunia ini."
 Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata ini mengalir di hadapannya. Percayalah Harriz, sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapi aku tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukan masa. Tidak tahu berapa
lama lagi. Aku sebenarnya terlalu malu untuk berhadapan dengan dirimu yang tulus ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana tidak nampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjang hidupku. Harriz hanya
mampu tersenyum. Dia memegang tanganku lantas ciuman kasihnya diberikan. Aku dapat rasakan mungkin itu adalah ciumannya yang terakhir sebelum kami berpisah.
 "Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pada saya. Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar zarah di hadapan mata hati awak, namun awak jangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat awak. Setahun adalah satu tempoh yang singkat untuk saya lebih mengenali awak.
 "Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali lagi saya harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang berbeza di mana awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa sayalah manusia yang paling bertuah dapat memiliki awak." Kami bertentangan mata buat kali terakhir. Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya. Takdir kami akan berubah esok. Mungkinkah ianya terjadi....
 Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esok pasti akan terjadi, begitu juga dengan lafaz kontrak akan termaktub. Ahhh..undang-undang yang dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan. Takdir hidup aku esok akan  ditentukan. Aku tahu bukan sahaja aku, malah Harriz lebih merasai ketakutannya. Dia terlalu mencintai aku. Malah kerana cintanya itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia menghormati segala keputusan aku kerana ikhlasnya cinta Harriz pada diri ini. Keesokan harinya aku terlewat bangun. Tergopoh gapah aku keluar dari bilik. Aku dapat rasakan sesuatu...Harriz tiada di dalam biliknya. Begitu  juga dengan kereta Harriz, tiada di luar. Aku terduduk di ruang tamu. Terlalu cepat Harriz meninggalkan cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata sesuatu pada aku buat kali yang terakhir. Mungkin Harriz tidak mampu untuk  berhadapan dengan aku. Kontrak perkahwinan terletak kemas di atas meja. Aku dapat lihat sepucuk sampul surat berwarna biru di atas kontrak tersebut. Hati aku  berdebar-debar. Semakin lama getaran di dadaku semakin terasa. Tanganku menjadi sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini untuk menyentuh surat tersebut. Lama aku perhatikan surat Harriz. Aku tak sanggup nak buka kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada di dalam baris-baris ayat surat tersebut. Aku takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak Tuhan dan hati aku sendiri. Aku harus menerima segala keputusan dengan tenang.
 Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada Harriz biarpun Harriz berat untuk melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku membuka lembaran surat tersebut dan akhirnya....
"Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM dengan ini menceraikan NURUL AIN BT HAMDI dengan talak satu. Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan yang telah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER 2002"
-HARRIZ BIN HASHIM-

 Dia benar-benar melakukannya...Pertama kali air mataku mengalir. Aku kini bukan milik Harriz lagi. Tahniah untuk diriku sendiri kerana permainkan undang-undang Tuhan dan natijahnya aku yang terima sekarang. Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja. Tiada langsung ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulutmu. Kenapa hatimu terlalu lembut? Kenapa kau tidak memujuk aku supaya jangan berpisah ? Andai ianya berlaku sudah pasti aku tak mahu engkau meninggalkan aku. Aku mula menyayangi dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan kasih dalam diri ini pada Harriz sudah bercambah tapi aku tak mampu untuk tunaskannya...
**********************************************************

 Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu dengan Harriz. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Aku tidak tahu ke mana Harriz membawa diri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz tidak juga aku temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencari Harriz. Aku ingin mengikat semula tali perhubungan kami yang terputus. Aku telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain selain Harriz yang boleh menjadi suamiku. Aku ingin bina semula istana cinta kami yang telah aku runtuhkan dahulu disebabkan kebodohan aku. Tapi, di mana aku nak mencari Harriz? Sudah merata tempat aku pergi. Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal. Adakah sengaja Harriz tidak mahu  berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah dosa aku padanya?

Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku dan Hariz. Mereka benar-benar terkejut dengan tindakan kami pada mulanya. Ayah marahkan aku, begitu juga ibu. Aku tahu aku yang bersalah. Namun marah mereka tidak lama  kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawa aku dan Harriz tidak boleh kekal bersama cuma mereka kesal dengan sikap dan perangai aku yang tidak pernah berubah. Aku terlalu degil dan sukar untuk dibentuk. Tapi itu dulu,  sebelum kehadiran Harriz. Sekarang, aku bukan seperti aku yang dulu. Harriz telah mengubah pendirian aku. Dialah punca segala-galanya. Dia jugalah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenal apa itu erti cinta, kasih, sayang dan rindu.

Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di sisi. Cinta, kasih dan sayang pada Harriz semakin hari semakin bertambah. Nama Izham terus hilang dari ingatan aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai. Segala kegiatan  jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca diari Harriz yang tertinggal di rumahku selepas Harriz menghilangkan diri pada pagi yang keramat itu. Setiap detik dan hari sudah pasti ada kisah aku dan Izham di London tertulis di dalam diarinya. Dari situlah aku tahu, Izham bukanlah seorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkan perasaan wanita seperti aku. Sampai sekarang Harriz tidak tahu bahawa aku telah membaca diarinya.  Segala isi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalam diari itu. Barulah aku tahu memang Harriz lebih mengenali aku daripada aku mengenali diriku sendiri. Dia begitu hebat di hati aku kini. Harriz.....Di mana kau  sekarang...

Suatu hari, aku dapat berita yang rasanya boleh meluruhkan jantung aku di saat itu jua. Berita tentang orang yang sangat-sangat aku ingin jumpa. Akhirnya dapat juga aku mendengar berita tentang Harriz tetapi malang  kerana ketika itu aku berada di luar negara menguruskan perniagaan ayah yang ada masalah. Aku menggantikan kerja-kerja Harriz kerana Harriz bukan sahaja berpisah dengan aku malah jawatannya sebagai CEO di syarikat ayah juga turut dilepaskan. Ibu yang menelefon aku ketika itu mengkhabarkan berita tidak baik tentang Harriz. Harriz kini berada di wad jagaan rapi (ICU). Harriz sakit kuat sekarang. Begitulah kata-kata terakhir yang sempat aku dengar dari ibu kerana perbualan kami terputus disebabkan cuaca buruk di New Zealand yang ketika itu mengalami musim sejuk. Aku tidak dapat menghubungi ibu untuk mengetahui berita selanjutnya tentang Harriz. Aku menangis semahu-mahunya. Aku ingin pulang segera tapi
semua penerbangan dibatalkan untuk beberapa hari kerana cuaca buruk. Aku takut andai aku akan kehilangan Harriz dan aku tak sanggup untuk mendengar berita kehilangan Harriz sekali lagi. Harriz...Ya Tuhan, selamatkan  Harriz.

 Andai ada jodohku bersama Harriz, pertemukanlah kami di bawah limpahan rahmat kurniamu... Aku tidak dapat tidur lena selepas mendengar berita Harriz. Setiap waktu yang berlalu aku terkenangkan Harriz. Bagaimana keadaan Harriz sekarang? Jariku tidak putus asa ligat mendail nombor  telefon ibu, namun tidak berjaya. Setiap saat degup jantung ini dapat aku rasakan semakin laju. Semuanya kerana mengenangkan keadaan Harriz. Mungkin sekarang Harriz amat memerlukan aku berada di sisinya tapi aku tak boleh Harriz. Kita terpisah dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu tapi hati ini terlalu dekat padamu. Andai kau dapat mendengar suara hati ini, ingin aku katakan bahawa di saat ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu selamat dan dijauhkan dari segala kesulitan hidup.
 Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidupku sekali lagi. Tidak dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita yang paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah balasan Tuhan di atas  keangkuhan aku memainkan undang-undang ciptaan Tuhan selama ini. Harriz...Nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Dia benar-benar telah meninggalkan aku bersama kenangannya. Harriz tidak lagi akan aku temui sampai bila-bila...
 "Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi Ain dua hari yang lalu. Harriz sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua buat selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat beritahu Ain. Kanser hatinya dah semakin merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalu rindukan Ain tapi dia tak mampu untuk bertahan lama. Ibu benar-benar minta maaf Ain....."
 Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar. Aku terasa berada di awangan. Semuanya bagaikan halilintar yang membelah bumi. Aku terduduk. Air mata mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis tanpa henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya, memohon ampun dan maaf. Dosa aku terlalu banyak pada Harriz.
 "Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada Harriz dan Ain tidak sempat untuk sujud di kaki Harriz. Maafkan Ain, maafkan Ain..." Aku menjerit sekuat hati tapi siapalah yang mampu untuk menenangkan aku di saat itu. Aku  keseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat Harriz yang wujud dalam diri ini tapi kini Harriz meninggalkan aku secara tiba-tiba. Aku hilang arah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. Harriz tidak pernah  menceritakan pada aku tentang penyakitnya. Patutlah kata-kata Harriz malam itu aku rasakan lain. Dia benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku tahu begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh untuk berpisah dengan orang yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jaga Hariz sehingga dia mengucapkan lafaz kematian di hadapan mata aku sendiri. Tapi, itu semua telah terlambat untuk dijadikan realiti dalam hidup aku. Hariz meninggalkan aku di saat-saat cinta ini telah berputik.
 Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku kerana orang yang ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi. Hanya pusara yang tinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis air mata ini jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusara Harriz. Aku dapat merasakan Harriz seakan berada di sebelah aku melihat aku mengalirkan air mata kerana meratapi kematiannya. Harriz, jika dapat kau dengar luahan hati ini, ingin sekali aku bermohon ampun dan maaf padamu yang tidak pernah sempat terucap di bibir ini biarpun ketika kita bersama. Baru kini aku dapat menilai erti cintamu yang mendalam terhadap diri ini. Aku terlalu angkuh dan keegoan ini telah memakan diri aku sendiri. Sepucuk surat yang terakhir kau tujukan untukku baru kini dapatku baca.
Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisi yang engkau karangi hanya semata-mata untukku. Aku tahu aku benar-benar bersalah !!!.. Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding dengan apa yang ada di dalam hati ini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jika kita dapat bersama.
 Selafaz doa aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan kemaafan aku pohon padamu Harriz... Sajak yang ditujukan khas buat diri ini tidak puas aku membacanya. Sekali  lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana tidak dapat melihat di saat-saat pemergianmu yang tidak dirancang tapi telah ditentukan Tuhan. 

Sesungguhnya...syurga seorang suami adalah ketika bersama isterinya dalam susah dan senang... Permata hati buat isteri yang disayangi Nurul Ain Bt Hamdi...
 Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas.... Awak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya... Biarpun cinta ini tidak pernah wujud dalam diri awak... Namun, harapan itu tetap ada dalam impian saya Saya sayang awak lebih dari segalanya Saya mencintai awak dengan setulus hati Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan Adam untuk Hawa... Namun, pemergian saya tak dirancang... Bila-bila masa sahaja
nyawa ini akan menghentikan nafasnya. Biarpun saya tiada di sisi awak lagi Saya harap awak tidak pernah lupa akan diri ini yang sentiasa mencintai awak...
 -HARRIZ BIN HASHIM-
 01 JANUARI 2003

moral of the story : cintailah org yang menyintai kita setulus hati .....

Friday, 29 July 2011

Takdir Milik Allah


"Aku terima nikahnya Iman Indah binti Muhammad Saufi dengan mas kahwin RM80 tunai!"

Dengan sekali lafaz,Indah sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Aidil Irfan. Irfan menghampiri Indah yang duduk bersimpuh. Dia menghulurkan tangannya dan disambut oleh Indah.Sebuah kucupan lembut hinggap didahi Indah. Sebuah kucupan suci dari seorang suami untuk seorang isteri yang baru dinikahi.

"Akan aku didik kau jadi seorang isteri yang solehah Indah". Hati kecil Irfan berbisik.

"Assalamualaikum". Ucapan salam yang lembut menyedarkan Indah dari lamunan. Pantas dia bangkit dari pembaringan. Irfan menghadiahkan senyuman lembut.

"Wa..alaikummussalam..". Tergagap Indah menjawab.

Irfan menanggalkan sampinnya dan meletakkan di atas tempat baju. Butang baju melayunya juga dicabut satu persatu. Indah yang hanya memerhati menelan air liur.Dadanya berpalu hebat. Darahnya terasa berjalan terlalu laju.

"Abang nak mandi dulu.Dah nak dekat magrib ni. Nanti kita solat jemaah sama-sama ye..". Irfan berpesan dan hilang ke bilik air.

Indah hanya angguk. Abang?? Hurm..

Selesai solat magrib berjemaah bersama,mereka bersama-sama membaca Surah Yasin sementara menunggu waktu Isyak. Hati Indah dapat merasakan ketenangan mendengar suara garau Irfan mengalunkan kalimah suci itu.Irfan memang pandai mengaji. Maklumlah,lulusan dari Universiti Al-Azhar.

Azan berkumandang tanda Isyak sudah tiba. Yasin ditangan diletakkan ditempatnya kembali dan suami isteri itu mula mendirikan solat isyak.

Usai solat,Irfan menghulurkan tangannya dan Indah menyambut.Sebuah kucupan hangat hinggap di dahi Indah.Itu kucupan kedua selepas pernikahan tadi. Kalau tadi,Irfan tak hulurkan tangannya kerana mahu menyimpan air sembahnyang untuk solat Isyak.



Indah membuka telekungnya. Irfan,selamba menukar baju solatnya dengan t-shirt di hadapan Indah.Indah pula yang rasa malu,pantas memalingkan wajahnya dari melihat Irfan. Irfan perasan tu.. Alahai isteriku

Indah jadi canggung. Aduh..nak buat apa ni? Takkan naki berdiri tercongok kat sini? Irfan pula,sibuk membersihkan kaca mata dia yang berhabuk tu. Sebelum sedar,baik keluar dari bilik ni.

Pantas Indah mengagahkan dirinya berjalan keluar namun pantas Irfan memaut lengan Indah.Indah terkaku. Ya Allah€tolong Indah..

Perlahan, Irfan menarik tubuh Indah menghadap tubuhnya. Pinggang Indah dirangkul rapat ketubuhnya. Indah sudah rasa sesak nafas dan hanya menunduk memandang lantai..

Tangan kanan Irfan diletakkan keatas ubun-ubun Indah. Terdengar mulut Irfan terkumat-kamit.Indah hanya menutup mata.Hatinya gerun. Tanpa sedar. dia menolak dada Irfan sekuat hati hingga suaminya terlepas rangkulan dan pegangan di ubun-ubun..

"Awak€maaf.. Saya tak boleh! Saya tak bersedia". Indah menuturkannya. Air matanya tanpa ditahan-tahan, jatuh menuruni pipinya yang gebu.

Irfan tergamam. Dia cuba menghampiri Indah namun pantas Indah mengelak.

"Tolong!Jangan dekat dengan saya.. Saya takut.. Jangan!!!". Indah sudah meraung-raung. Irfan berdiri static.

"Indah demi Allah abang takkan apa-apakan Indah ok.. Bawa bertenang.. Tarik nafas sayang.. Tarik nafas€". Irfan cuba berdiplomasi. Indah yang mendengar, kembali bertenang.

Irfan menghampiri Indah. Dia membawa Indah duduk di birai katil. Indah hanya diam tanda dia percaya Irfan tak akan melanggar janjinya.

"Irfan saya minta maaf". Perlahan Indah menuturkannya. Irfan hanya tersenyum. Tangan kanan Indah dicapai dan digenggam.

"Awak..saya kahwin dengan awak tanpa kenal awak langsung. Perkahwinan kita dirancang oleh mak ayah kita. Dan kita sebagai anak yang soleh, hanya menurut. Saya memang terkejut dengan semua ni. Dan saya masih lagi tak bersedia. Awak bagi ruang untuk saya. Saya melaksanakan tugasan tu saya.."Indah tak dapat meneruskan kata-katanya.

"Abang faham Indah..Abang faham tu..Sebelum abang, Indah dah ada pilihan ker?". Irfan menuturkannya berhati-hati..

Indah geleng. "Demi Allah tak ada lelaki lain yang pernah menakluki hati saya. Saya hanya serahkan cinta saya pada suami saya tapi sekarang.. saya perlukan waktu untuk mencintai awak dan menyerahkan jiwa raga saya. Saya harap awak faham.".

"Abang tak akan paksa Indah kalau betul Indah tak bersedia. Abang tak mahu benda tu terjadi tanpa kerelaan Indah. Abang nak Indah rela dan hubungan ni diredhai Allah. Indah ambillah berapa lama pun.". Irfan senyum. Senyuman tu..buatkan Indah rasa serba-salah..

"Terima kasih Irfan". Indah cuba tersenyum namun pahit. Hakikatnya,bukan saja kerana dia tak bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya tapi dia juga takut dibayangi kenangan silam yang sering menghantuinya. Bayangan yang sangat takut.

"Tapi abang nak Indah patuh syarat abang.." suara Irfan menyedarkan Indah.Dia mendongak memandang Irfan.

"Abang nak Indah tukar panggilan saya-awak tu kepada abang-Indah. Boleh?"

"Insyaallah wak."Indah angguk.

"Ehem bukan awak tapi Abang..". Irfan membetulkan.Indah tersenyum..

"Hm€abang€"

"Bagus..Er..Indah tak kisah kan kalau abang nak pegang tangan Indah macam ni selalu?". Irfan tersengeh nakal.

Indah terkedu. Pegang tangan? Matanya menala pada riba Irfan. Ya Allah tangannya kemas digenggam Irfan. Tak sedar?? Aduh..

Pantas Indah menarik tangannya dan bangkit. "Indah nak tidur.." Indah capai bantal dan diletakkan diatas lantai. "Indah tidur bawah, abang tidur atas."

"Tak Indah tidur atas katil, abang pun tidur atas katil!"

"Tapi€"

"Indah..kan abang dah janji. Takkan Indah tak percaya. Abang kesian kat Indah, nak kena tidur kat lantai. Kalau Indah tak percaya lagi, abang letak bantal golek kat tengah. Ok sayang?"

Indah telan air liur. Hurm bukannya sebab arahan Irfan tu tapi sebab panggilan sayang yang keluar dari mulut Irfan. Adussss€

"Ok"


Indah bangkit dari tidurnya. Mimpi tu datang lagi! Ya ALLAH. Sampai bila Indah kena hadapi semua ni? Indah tak larat.. Tangannya meraup wajahnya yang basah diselaputi peluh. Matanya menala pada tempat pembaringan Irfan. Suaminya tak ada. Kemana?

Pintu bilik air terkuak. Irfan keluar dari bilik air dengan tuala. Indah memalingkan wajahnya.Uh malu..

"Indah dah bangun? Sekarang baru pukul 5.00 pagi. Abang nak buat solat sunat. Indah nak ikut? Boleh kita jemaah..". Irfan menyoal sambil menyarungkan baju melayu ke tubuhnya. Indah angguk. Dah alang-alang terjaga, suami pula dah ajak.. Afdalnya ikut jer lah.

Indah bangkit menuju ke bilik air dan mengambil wuduk. Nak mandi pagi-pagi macam ni, memang Indah tak tahan. Agaknya Irfan dah biasa mandi pagi-pagi buta macam ni.

Mereka berjemaah bersama-sama menunaikan solat sunat Tahjud,Taubat dan Hajat. Tenteramnya hati Indah, hanya ALLAH yang tahu. Memang tenang mendengar bacaan suaminya.

Selepas solat, mereka mengaji bersama. Surah As-Sajadah dan Al-Mulk menjadi pilihan Irfan sementara menunggu waktu Subuh dan Indah hanya menurut.

Azan berkumandang Solat didirikan.
Dan seperti semalam sebuah kucupan hinggap didahi Indah.



"Awal kamu berdua bangun". Hajah Halimah menegur. Irfan hanya tersenyum. Indah pula sibuk menolong membancuh air.

"Kan memang selalunya along bangun awal.."Irfan menjawab. Cucur jagung disumbat kemulut.

"Selalunya tu memanglah..Tapi, ni bukan selalunya..Kan pengantin baru€" Hajah Halimah tersenyum mengusik. Irfan hanya tergelak besar dan Indah menunduk. Dapat dirasakan pipinya memerah.

"Dah siap ke sarapannya?" Haji Ali muncul.

"Dah bang..Abang lambat datang. Pengantin baru ni lagi cepat!"

Ketawa Haji Ali bergema. "Mah oii,malu budak-budak tu. Tu ha,muka Indah dah merah tu. "Haji Ali masuk sekaki mengusik. Indah rasa macam nak cari ais jer nak letak kat muka. Irfan relaks seperti tak rasa apa-apa.

"Er..ummi, biar Indah panggil angah dengan Uda turun sarapan.." Indah mencari jalan selamat. Tak lalu rasanya kena sakat jer..

"Eh Kak Indah..awalnya bangun. Angah baru jer cadang nak tolong kejutkan pengantin tadi.." Irsha terus menembak kata bila Indah mengetuk biliknya. Aduh tadi ummi dengan abi. Ni angah pun nak masuk sekaki? Aduh..

"Dah.Tak payahlah nak sakat akak..Jom sarapan. Panggil uda sekali ye.."

"Ok bos!"


Dah 3 bulan usia perkahwinan Indah dan Irfan. Indah rasakan segala-galanya lengkap bersama Irfan. Lelaki ni memang pandai merancang dan penuh dengan kejutan. Seminggu selepas kahwin, Irfan membawanya pindah kerumah baru. Kondominium yang sangat cantik dan selesa.

Awal dirumah itu, Indah berkeras mahu bilik yang berasingan namun Irfan tegas mahu mereka duduk sebilik. Dek kerana percayakan Irfan.. akhirnya Indah mengalah. Dan Irfan tak pernah memungkiri janjinya. Cuma sesekali,Irfan bertindak nakal. Mengingatkan itu, Indah tersenyum sendiri.

Yang paling Indah suka, Irfan selalu mengingatkan dirinya perihal agama. Jika tak tahu, Tanya saja pada Irfan. Semuanya dia tahu. Untungkah aku?

Ya..memang untung. 3 bulan bersama Irfan, tipulah jika dia menidakkan perasaannya pada Irfan. Memang wujud rasa kasih. Cinta?? Sumpah dia tak tahu. Namun,bila Irfan terpaksa out station,rindu terbit juga disanubari.

Malah mimpi ngeri yang dia selalu alami pun dah tak datang. Mimpi dasyat. Semua tu gara-gara paranoid yang melampau. Peristiwa di mana dia hampir dirogol bapa saudaranya 8 tahun yang lalu. Sebab tu Indah takut nak berkongsi zahirnya dengan Irfan. Semua tu amat menyesakkan dada.

"Indah."suara yang dirinduinya menyedarkan Indah. Cepat dia memalingkan wajahnya kebelakang.

Irfan menghampiri Indah.
"Esok abang nak pergi out-station. 2 hari. Ipoh."

Indah kerut. "Selalu sangat abang pergi out-station. Kan minggu lepas dah pergi?"

Irfan sengeh. "Dah kerja abang. Nak buat macam mana? Ker Indah rindu kalau abang tak ada?"

Indah geleng. Malu. "Tak..Pergilah. Malam nanti Indah susunkan baju abang."



Indah melepaskan keluhan. Irfan sunyinya rumah ni. Tiba-tiba bunyi ketukan dipintu menyedarkan Indah. Cepat dia buka pintu. Terkejut! Iffah datang. Secepat kilat tubuh Iffah yang tembam dipeluknya.

"Iffah!Lama tak dengar cerita. Sejak aku kahwin, kau tak pernah datang rumah pun." Indah menyergah bila mereka sudah masuk kedalam rumah.

Iffah senyum tawar. "Kau tahulah aku, sibuk. Anak aku tu siapa nak jaga. Rizal asyik sibuk jer." Indah terdiam mendengar kata-kata Iffah.Lain macam jer.

"Indah" Iffah menyeru. Indah angkat dagu.

"Suami kau pergi Ipoh lagi ker?" pertanyaan Iffah membuatkan Indah terkejut.

"Mana kau tahu?"

Sekali lagi senyuman tawar Iffah muncul. Iffah pantas menyeluk handbag nya dan mengeluarkan sampul surat bewarna koko.
"Gambar ni Rizal yang ambil pakai handset dia. Aku dah cuci. kau tengoklah."

Indah kerut wajah. Perlahan dia capai sampul surat tersebut. Ditariknya isi didalam. Indah terkedu. Air matanya bergenang. Tanpa dipaksa, mutiara putihnya jatuh menyembah bumi.

Irfan! Sampai hati.

"Aku serba salah nak cerita kat kau Indah tapi kau kawan aku..Aku.."

"Shhh.."Indah memotong kata-kata Iffah.

"Gambar ni bila lagi?"

"Bulan lepas. Tengoklah perut perempuan tu, dah besar. Aku agak dalam 7 bulan. Kau dah kahwin dengan Irfan 3 bulan tapi perut perempuan tu dah besar. Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku agak tu mesti perempuan simpanan dia." membuta tuli tuduhan Iffah.

Indah telan air liur. "Terima Kasih Iffah. Kau boleh balik sekarang." langsung dia menghalau tetamunya tanpa sedar.


Irfan memerhatikan isterinya. Kenapa nampak lain sangat ni? Tak mesra. Kaku. Aku baru balik, selalunya dia sambut semacam.Ni..

"Indah tak sihat ker?" tangan Irfan mendarat pada dahi Indah yang leka menonton TV. Indah menepis perlahan. Irfan pelik. Punggungnya dilabuhkan disebelah isterinya. Rapat.

"Boleh tak jauh sikit? Panas!"

"Abang rasa sejuk jer. Air cond ni tak cukup sejuk ker sayang?"

"Tak payah nak bersayang-sayang!" kali ni nada Indah dah melangit tinggi. "Patutlah selama ni tak kisah kalau Indah tak bagi hak abang, rupanya dah ada spare part!" Indah sudah berdiri dari tempat duduknya. Tangannya memeluk tubuh.

"Apa Indah cakap ni?" Irfan masih tenang.

Indah geram melihat ketenangan suaminya. Segera dia melangkah masuk kebilik. Seketika kemudian,dia keluar. Gambar-gambar pemberian Iffah dilemparkan ke meja. Berterabur.
"Ni apa?" jari telunjuknya menala ke meja.

Gambar-gambar yang bertaburan, Irfan capai. Ditelitinya. Lama.
"Abang boleh terangkan."

"Terangkanlah! Abang boleh cakap yang abang sebenarnya dah nikah sebelum ni. Dah ada isteri! Indah ni isteri abang yang kedua. Cakap bang! Cakap!"nada Indah tak mampu dikawal. Irfan geleng.

"Bukan sayang. Salah faham. Salah faham."

Mata Indah dah berair. Penipu! Kakinya meninggalkan Irfan dan melangkah ke balkoni. Irfan mengekori dibelakang.

"Cuba dengar apa yang abang nak cakap ni.." Bahu Indah diraih namun cepat Indah menolak.

Indah membuang pandang ke balkoni dengan sendu. " Sampai hati abang tipu Indah.Kenapa abang tak mahu berterus terang?Kenapa bang?Kenapa?"air matanya mengalir tanpa dapat ditahan.Esakkannya makin kuat.

Dari belah sisi,Irfan kedepan menghadap Indah.Menghalang pandangan Indah.Dipeluknya perlahan tubuh Indah. "Sayang dia bukan isteri abang sayang.Bukan.."Indah kaku. "Dia istimewa pada abang tapi dia bukan isteri abang." kali ni minda Indah mencerna maksud kata-kata suaminya. Istimewa? Bukan isteri?Mengandung?Perempuan simpanan!

Tanpa sedar dan di bawah kewarasan,Indah menolak kuat tubuh suaminya.Sekelip mata,tubuh Irfan terdorong kebelakang dan jatuh terhumban dari balkoni.Jeritan Irfan menyedarkan Indah.

Dump!

Indah kaget.Abang?Abang mana?Dari balkoni,Indah memandang kebawah.Ya Allah!Abang!Segera Indah keluar dari kondo dan menuju ke lif.Air matanya merembes laju.Sampai dibawah,dilihatnya Irfan menggelupur.Darah membuak-buak.

"Abang!"tubuh Irfan dipangku.Air matanya jatuh kemuka Irfan.Irfan kini nyawa-nyawa ikan. Malam yang pekat terasa sendu. "Tolong!Tolong!"Indah menjerit sekuat hati.Jiran-jiran yang berada dikawasan berdekatan mula menghampiri. "Telefon ambulans!"Indah mula menjerit lagi.

"Abang..Maafkan Indah bang.Indah tak sengaja.."Indah mengusap muka Irfan yang sudah disimbahi darah.Irfan kaku namun matanya masih terbuka walaupun kecil.

Irfan sedaya upaya cuba mengangkat tangannya untuk mencapai tangan Indah.
"Perca..cayalah In..dah..Aaa..bang cu..cu..Cuma sayang Indah.."sedaya upaya cuba diucapkan.

Indah geleng. "Indah tahu.Indah tak mau abang mati.Indah sayang abang!"Indah membalas.

Irfan senyum senang. "ALLAH."perlahan Irfan sebut.Tangan Indah dapat merasakan tubuh Irfan dah kaku.Ditekannya dada Irfan.Sunyi tanpa denyutan.

"Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Serentak itu,hujan turun membasahi bumi.

Kuburan Irfan basah disimbahi air.Indah merenung jauh.Jemaah lain dah tinggalkan kubur.Hanya dia yang masih disitu.Berharap dapat menemani suaminya.Mustahil..

Indah teresak semula.Semua ni salah Indah bang.Semua salah Indah!Kalau Indah tak tolak abang,mesti abang tak jatuh,mesti abang ada lagi kat muka bumi ni.Indah salah.Indah bukan isteri yang baik.Indah tak cuba mempercayai abang€.

Barulah Indah tahu,perempuan tu adalah isteri kedua adik Irfan.Tak ada sesiapa pun tahu yang adik Irfan dah beristeri dua kecuali Irfan.Irfan memang selalu ke Ipoh atas urusan kerja Cuma sekali tu saja dia menemani adik iparnya yang mengandung.Dan sebab tu Indah salah faham.

Indah sesal.Sepanjang lebih 3 bulan,dia bukanlah isteri yang baik.Dia tak memenuhi hak suaminya.Dia mementingkan diri.Kalaulah hayat abang panjang, Indah akan lakukan apa je untuk abang. Untuk abang..

Memang Indah tak dapat maafkan dirinya.Abang
Memori yang ada Cuma gurauan abang
Abang
Takdir ini dah ditetapkan..
Takdir milik Allah
Dan Indah terus meratapi.