Kisah aku ini bukanlah kisah yang direka-reka tapi kisah ini benar-benar telah berlaku dalam hidup aku. Kisah ini tak lah sehebat macam kisah cinta di dalam televisyen. Tapi bagi aku permulaan cinta ini amat aku hargai. Pada mula nya, dalam hidup aku ini tak pernah pun mempunyai seorang kekasih. Tiba lah pada satu hari. Aku mengenali candy (bukan nama sebenar) dah lama. Sejak aku di sekolah menengah lagi. Dulu aku menjejaki sekolah menengah kebangsaan intan buat pertama kali. Aku mendaftarkan diri semasa aku form 3 lagi. Aku di kelas 3 Amanah. Candy pulak di 3 Arab. Sepanjang tahun itu, aku kenal Candy hanya dari jauh sahaja. Tak pernah tegur menegur pun. PMR pun dah abis. Keputusan PMR aku boleh la jugak ok nya. Selepas abis PMR aku memasuki kelas 4 Sains pulak. Candy jugak memasuki kelas itu. Masa tu aku tak rapat lagi dengan Candy. Aku mengharungi pelajaran aku sampai abis SPM. Tapi sepanjang 2 tahun ini aku kenal Candy sedikit demi sedikit. Kadang-kadang Candy seorang yang kelakar jugak. Walaupun aku jarang bercakap dengan Candy tapi Candy seorang yang kelakar dan baik.
Apabila abis SPM, semua rakan sekelas aku masing-masing ikut haluan sendiri. Semasa cuti aku mengambil kursus Bahasa Inggeris di perpustakaan negeri Terengganu. Sepanjang aku belajar di situ, Candy menghantar mesej aku. Pada mula nya aku tak tau nombor siapa ini dan aku tak suka balas mesej orang yang aku tak kenal nombor. Pastu beberapa minit kemudian, Candy hantar mesej lagi menyatakan dia pakai nombor ini. Aku terkejut jadi aku gelabah cepat-cepat mintak maaf kat Candy. Candy kata tak apa. Candy meminta tolong tengok keputusan maktab untuk dia. Nasib baik aku ada kat perpustakaan jadi senang la aku nak pakai komputer masa tu. Jadi aku pun tengok la. Permohonan maktab Candy ditolak. Jadi aku pun bagitau la kat Candy yang permohonan dia ditolak. Lepas itu, kami jarang berhubung sekejap.
Pada bulan Jun, aku diterima masuk ke UiTM Dungun. Alhamdulillah aku dapat masuk ke universiti juga akhirnya. Aku mendapat kursus diploma komputer sains. Kursus ini lah kursus pilihan pertama aku. Candy pulak aku dapat dengar dia dapat belajar di matrik Johor. Bila aku belajar di UiTM Dungun ni, kadang-kadang aku boring jugak. Aku tidak mempunyai teman wanita pun. Aku tak dapat cari perempuan pilihan terbaik aku. Sebenarnya aku tak kisah sangat pun.Aku mencari pasangan bukannya utk main-main tapi untuk dijadikan isteri dan teman sehidup aku selama-lamanya. Disebabkan aku bosan, aku cuba menghubungi Candy. Aku saja je nak hilangkan bosan aku. Candy pulak tak kisah aku bermesej dengan dia. Tapi tanpa sedari, aku lebih suka mesej dengan Candy berbanding dengan member-member klas aku dulu. Candy membuatkan aku hilang bosan aku. Kadang-kadang Candy ni orang yang kelakar jugak. Suka bergurau dengan aku walaupun dalam mesej je. Dia juga selalu nasihat-menasihati kat aku. Dia suruh aku belajar baik-baik, jaga diri aku baik-baik, dan macam-macam la. Dia ada juga menasihati aku pasal cinta. Dia kata InsyaAllah ada perempuan yang akan memenuhi kekosongan di hati aku ini. Candy juga kata, jika ada perempuan yang jadi teman hidup aku, akan aku bagitau kat dia. Aku tersenyum bila dia menghantar mesej mcm tu. Sebenarnya Candy la perempuan yang pertama menasihat aku nasihat macam tu. Aku gembira sebab dapat kawan macam Candy. Sejak tu aku selalu bermesej dengan Candy.
Sampai la aku di cuti semester 1. Pada waktu malam, Candy ada menghantar MMS ke aku. Dia hantar gambar pantai kat Port Dickson (PD). Dia kata dia ada kat PD sekarang tengah melancong. Aku senyum bila Candy hantar MMS. First time Candy MMS ke aku. Pastu aku tanya tak ada gambar dia ke. Pastu dia pun hantar la. Bila aku tengok gambar dia aku terus jatuh hati. Aku tak tau kenapa. Tiba-tiba aku jadi jatuh hati. Aku jadi gelabah. Adakah aku suka kat dia. Aku ni memang jenis yang gelabah sikit. Hati aku ketika itu berdenyut-denyut tak berhenti pun. Aku tak tau apa maksud nya tu. Tapi aku rasa selesa sangat.
Sejak itu, aku semakin suka bermesej dengan Candy. Hampir setiap hari aku mesej dengan Candy. Aku gembira sebab dapat mesej dengan Candy. Aku mesej Candy sampai la hari jadi Candy dah nak dekat. Masa tu aku dah pun masuk semester 2. Kebetulan hari jadi Candy jatuh pada tahun baru cina. Aku pulak cuti mid-sem time tu. Candy pulak cuti 5 hari time. Aku gembira sangat. Aku nak buat kejutan kat Candy. Semasa hari jadi Candy aku ajak Candy gi keluar makan kat KFC. First time aku dapat keluar dengan Candy. Juga first taim aku keluar dengan seorang perempuan. Candy ajak adik dia teman sekali. Aku pulak seorang je. Lepas order makanan KFC, aku pun bagitau kat Candy yang aku nak gi ambik barang sekejap dalam kereta. Aku pegi ambik kek hari jadi dalam kereta. Pastu tunjuk kat Candy. Aku pun ucapkan Selamat Hari Jadi kat Candy. Candy pun terkejut bila aku bawak kek tuk dia. Dia kata tak pernah orang buat macam ni tuk dia. Bila mendengar kata-kata tu aku gembira sangat sebab aku orang pertama yang buat tuk dia. Sepanjang di KFC aku berbual-bual dengan Candy. Kadang-kadang aku malu jugak nak cakap dengan dia. Aku ingat aku nak luahkan perasaan kat Candy tapi tak jadi sebab aku takut. Aku takut candy akan menjauhi diri aku jika aku luah perasaan. Abis sambut hari jadi Candy di KFC aku hantar Candy ke rumah dia. Walaupun aku dah hantar dia ke rumah dia, aku masih lagi tak luahkan perasaan kat dia. Aku gembira sebab dapat sambut hari jadi Candy. Semua rancangan aku berhasil tapi aku kecewa sebab tak dapat luahkan perasaan cinta aku kat dia.
Walaupun aku tak dapat luahkan perasaan kat dia secara depan-depan, aku akan luahkan perasaan jugak kat dia. Semasa tu, aku masih lagi ada di rumah. Tapi Candy pulak dah balik ke matrik johor. Pada satu malam, aku hantar mesej kat Candy. Aku tanya dia dah berpunya tak. Dia kata dulu ada, tapi sekarang tak ada. Sebenarnya aku dah tau awal-awal yang dia tak berpunya tapi aku tak tau pulak yang dia pernah berpunya. Jadi selepas itu, aku pun mintak izin yang aku nk bagitau sesuatu kat dia. Pastu aku luahkan perasaan kat Candy. Pada mula nya Candy ingat aku bergurau tapi aku kata yang aku betul-betul suka kan Candy. Bila aku kata macam tu, Candy kata nak fikir dulu. Aku pun kata ok la. Aku akan tunggu keputusan dia. Keesokan pagi aku pulang ke kolej semula. Pada masa tu aku masih lagi bermesej dengan Candy mcm biasa. 2 hari kemudian, Candy telah membuat keputusan bahawa dia tak bersedia lagi nak menerima aku. Aku mulanya terluka juga sebab Candy tak bersedia lagi. Tapi aku tak berputus asa lagi. Aku bagitau kat Candy yang aku sudi menunggu dia sampai bila-bila pun. Aku bukan nya mau main-main kn dia tapi aku betul-betul cintakan dia. Aku mahu dia menjadi isteri aku kelak nanti. Walaupun keputusan Candy mengores hati aku tapi aku setia menanti Candy.
Walaupun aku telah meluahkan perasaan kat Candy tapi Candy masih lagi bermesej dengan aku. Kami mesej mcm biasa. Macam tak ada apa-apa berlaku pun. Aku mesej dengan Candy sampai la nak abis semester 2. Ada sekali Candy telefon aku. Dia ucapkan terima kasih sebab pos hadiah untuk dia. Aku hantar teddy bear tuk dia. Aku ada jugak telefon dia. Aku bergayut telefon dengan dia dekat 2 jam jugak la. Walaupun abis kredit tapi aku gembira sebab dapat dengar suara dia.
Pada akhir bulan may, aku mula cuti semester 2 pulak. Sepanjang cuti semester tu, aku tak buat apa-apa pun. Tido dan makan je keje nye. Tapi aku ada jugak mesej dengan Candy. Jadi tak la bosan mana, malah gembira lagi. Sebulan pun berlalu, dah sebulan aku cuti di rumah. Pada 31 May 2010, hari yang aku takkan lupa sampai bila-bila pun. Candy menyatakan dia sudi menerima aku. Aku terkejut. Aku macam tak percaya je. Betul ke apa yang aku dengar. First time aku dengar luahan dari seorang perempuan kat aku. Aku gembira sangat. Dalam masa yang sama, aku menangis sebab aku dah dapat orang yang akan jadi isteri aku. Sejak itu, aku telah berjanji dengan diri aku yang aku akan jaga dan bahagiakan Candy sampai bila-bila pun. Aku akan pastikan Candy la cinta pertama aku dan juga cinta terakhir aku. 31 May 2010 takkan aku lupa sampai bila-bila. Aku sangat-sangat cintakan Candy. =)
No comments:
Post a Comment